BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 24, 2010

Doa Murah Rezeki

  • Membaca surah Al-Waqiah setiap malam.



  • Membaca Surah Al-Ikhlas



Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid











Sabda Rasulullah SAW: " Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas. (Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)




Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)... (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)









Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah: (Doa di atas). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allahmenghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan
hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).




Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam
mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku dapat bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)




Sabda Nabi SAW: “Doa saudaraku Yunus amat menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa. Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan, ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya dimakbulkan untuknya.

Monday, March 22, 2010

Ketagih Bisnes

wo0o0o0ohoo0o0. Ahad ni aku da start niaga di pasar tamu. alhamdulillah akhirnya dapat tapak jugak. tumpang sewa ngan org. baik sangat org tu. seronoknya aku ngan bisnes partner aku. hehe. 1st time ada gerai lah katakan. doakan semoga dimurahkan rezeki kami. dimudahkan perjalanan biznes kami dan bersedia menempuh cabaran dan dugaan. insyaAllah lepas ni buka kedai la pulak. amin... hehe. caiyok caiyok...

aku memang gilak bisnes suda skang ni. addicted bisnes ni... aggggh.

Saturday, March 20, 2010

tumpinai


pinaiiiiiiiiiiiiiii... aku nda tau samada ko masi idup atau nda. biarlah kalau ada orang nampak gambar ko ni ko kana cakap kucing kurap ka bidak ka. yang penting aku yang jaga ko dari ko lahir. aku minta maaf pinai psl nda dapat jaga ko sampai ko hilang. ni pun ko jadi begini pasal ko selalu bergaduh dan digaduh kucing jiran. nanti aku cari gambar ko yang comel sebelum ko jadi gini. ini kebetulan aku jumpa di pc lama ku. rindunya aku ngan pinai. hanya tuhan yang tau. kalau kita nda dapat jumpa didunia aku berdoa supaya kita dapat berjumpa di akhirat nanti. rindunya mo cium ko pinai... mo tidur paluk2 ko :( aku sayang ko pinai. sumpah aku sayang ko. 4ever n ever.

zaman dolo²


aku nda ingat time kena amik gambar ni. kecik lagi bah. nasib mak bapak aku ada tangkap gambar kami time kecik². kalau nda teda la kenangan sampai skarang. aku nda silap time ni umur aku baru 2 tahun setengah. time ni aku sorang je pompuan. umur 7 tahun baru aku dapat adik pompuan. umur 14 tahun baru dapat sorang lagi adik pompuan. huhu. main pun ngan abang2 dan adik lelaki. main beskal, guli, teda main masak² ka patung² ka. mo main smua tu kena p rumah jiran sebelah la. atau balik kampung jumpa ngan kazen² pompuan. gambar bapa aku lagi blom upload. nanti la blk kg aku amik. skang teda lam simpanan. aku tau aku memang comel time ni. hehe. skang lagilah bertambah comelnya.

Lokasi penggambaran : Pantai Manis, Kampung Kuala, Papar

ZzZzZzZz

tidur tidur tidur dan tidur. hehe. siok jua tidur 1 hari 1 malam. tanpa mengunyah. nikmat yang jarang2 orang rasa. hobi aku tidur. lagi lagi kalau ada masalah... aku lagi suka tidur. tapi tidur bukan jalan penyelesaian. bangkit dari tidur masalah tetap ada. mo selesai? kena berdepan dengan masalah la. kasi setel capat. pasal pastu ada lagi masalah lain akan datang. kehidupan... masalah itu tetap ada. bukanlah namanya kehidupan kalau tiada masalah. yezzzzzzzzzzaaaaaaa

Thursday, March 18, 2010

Tuhan tunjukkan jalan lagi

Alhamdulillah. Berkat sabar dan tak peduli apa orang kata dan aniaya akhirnya aku dapat menyelesaikan 1 masalah besar dalam hidup aku. InsyaAllah selepas ini hidupku akan berjalan lancar tanpa masalah itu lagi. Syukur Ya Allah. Aku bersyukur sangat kepadaMu Ya Allah kerana telah memberikan jalan kepada aku untuk keluar daripada masalah yang bertahun membelenggu perjalanan hidup aku. Selepas ini... jalani hidup dengan bijak dan jadikan pengalaman lampau sebagai pengajaran untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik pada hari ini, esok & seterusnya. ;)

biz kecil2an

semenjak aku bisnes ni aku rasa puas sangat. disamping dapat duit dapat 1 kepuasan yang luar biasa. apa lagi kalau laku. seronok sangat. berniaga kan sunnah nabi. dulu aku jual sekitar sandakan jak. skang meluas suda bro ke KK. hehe. berita baik punya !