sedihnya bila adik-adik nda mengenang jasa. harap kali ni ja aku terasa. lepas ni smua ok.
Wednesday, May 26, 2010
Friday, April 30, 2010
sampai menutup mata
embun di pagi buta
menebarkan bau asa
detik demi detik ku hitung
inikah saat ku pergi
oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi
aku tak mudah mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta
senandungku hanya untuk cinta
tirakatku hanya untuk engkau
tiada dusta sumpah ku cinta
sampai ku menutup mata
cintaku sampai ku menutup mata
Posted by WiwieNs at 9:51 AM 0 comments
Sunday, March 28, 2010
Pasar Minggu
aku dah start niaga di pasar minggu la pulak. hehe. kul 6.30 pagi ahad 28 Mac adalah hari pertama aku dan ofismate ku memulakan bisnes di pasar minggu. sungguh memberangsangkan. alhamdulillah. permulaan yang memberikan lagi semangat untuk minggu2 yang seterusnya. seronok banget. sekarang tengah bincang untuk membesarkan lagi bisnes ni. mo mempelbagaikan jualan lagi kali ni. setakat ni baru jual tudung dan barangan mekap aja. pasni... tunggu...hehe. akan datang mo jual online lagi. tp lom upload lg
Posted by WiwieNs at 9:43 PM 0 comments
Berhati-hatilah Ketika Memandu
Sayangilah nyawa anda. 27 Mac ( sabtu ) tu dalam perjalanan Lahad Datu - Sandakan aku nampak ada 2 kejadian ekseden. yang 1st, b4 menuju ke paris kinabatangan, lori bertembung dengan hilux. Subhanallah... nda sanggup aku meninguk hilux tu. hancur terus di bahagian bumbung hilux tu. time tu bomba baru sampai. maybe mo menyelamatkan mangsa yang tersepit. lorinya pula terbabas di tepi jalan dekat kelapa sawit. sian. mo jua aku turun amik gambar. tapi bila melihat hilux yang remuk teruk dan belumuran darah nda jadi lah aku turun. nanti nda dapat tidur. ada lagi 1 kemalangan yang berlaku di segaliud. ni lagi sadis. mo menangis aku tinguk. melibatkan lori saja. lori tu merempuh rumah orang! eish eish. aku berdoa ja sepanjang perjalanan tu semoga penghuni dalam rumah tu selamat. separuh daripada rumah tu ranap ditempuh lori. tapi kemarin ada aku terjumpa kawan aku yang mengajar di segaliud. kami cerita la psl kejadian tu. apa yang menggembirakan kawan aku tu cakap semua penghuni rumah tu selamat. sebab masa tu dorang semua ke bandar sandakan. syukur alhamdulillah... mesti durang lagi rasa bersyukur daripada aku.
jadi kepada rakan-rakan semua, berhati-hatilah ketika memandu. ini bukan sekadar pesanan... tapi peringatan yang sangat-sangat mendalam maknanya. pandu cermat jiwa selamat.
p/s: pesanan ni juga untuk suami yang jauh di kehel tu. pandu tu biar lambat asal selamat. kesian la ngan bini yang jauh di sini ni. ingat tu. HATI-HATI MEMANDU! malang tu takde bau bang oi
jadi kepada rakan-rakan semua, berhati-hatilah ketika memandu. ini bukan sekadar pesanan... tapi peringatan yang sangat-sangat mendalam maknanya. pandu cermat jiwa selamat.
p/s: pesanan ni juga untuk suami yang jauh di kehel tu. pandu tu biar lambat asal selamat. kesian la ngan bini yang jauh di sini ni. ingat tu. HATI-HATI MEMANDU! malang tu takde bau bang oi
Posted by WiwieNs at 9:06 PM 0 comments
Thursday, March 25, 2010
Kesungguhan Hati Dalam Doa
Apabila kamu berdoa janganlah berkata, “Ya Allah, ampunilah aku kalau Engkau menghendaki, rahmatilah aku kalau Engkau menghendaki dan berilah aku rezeki kalau Engkau menghendaki.” Hendaklah kamu bermohon dengan kesungguhan hati sebab Allah berbuat segala apa yang dikehendakiNya dan tidak ada paksaan terhadap-Nya. (HR. Bukhari dan Muslim)
Posted by WiwieNs at 5:31 AM 2 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)




